Isnin, 19 Januari 2009

~sYAItan SETAn syeTAN

salam semua...

sya nak berCERITA cikit sal CERAMAH yg sya amik dari penCeramah tersohor yatu Dato Ustazah Masitah....dan.. kisah nie sebenarnya sya dapt dari abang angkat sya. dia anta kt yahoo. ehi..jadi sebagai cerita menarik, sya amik dan kungsi ngan kamu k..

tajuk : Kisah Syaitan bernama Khanaz.

Cerita nya macam nie..

Masa mula-mula Nabi Adam dan Hawa di Bumi. Syaitan yang tak pernah mengenal putus asa untuk menghancur kan anak cucu Adam, dok pikir2 cana nak kacau anak Adam dari patuh dengan suruhan Allah. biasa+normal la kan memg dah tugas+kewajiban si 'Setan' kaco umat nabi adam nie.


Suatu hari si Ibu Syaitan nie.tengah dok pikir "Macammana aku nak kenakan anak cucu Adam"....dan tiba2 dia nampak anak dia yang bernama Khanaz. Lalu di panggilnya "Khanaz....mari sini ikut mak...". Lalu di pun pergi menuju ke rumah Adam dan Hawa. Yang pada ketika itu Nabi Adam baru saja meninggalkan rumah untuk pergi kerja mencari nafkah.

Dan tinggal lah Hawa keseorangan di rumah, tiba2.. pintu rumah di ketuk, lalu dibuka oleh Hawa dan bertanya "Siapa kamu.."

Ibu Syaitan menjawab "Tolong jaga kan anak saya...nanti saya akan datang untuk ambil dia balik" ibu setan bagi senyuman dan trus bla..

Hawa yang tidak mengetahui apa pun memberikan pertolongan. Apabila Adam pulang, Adam terperanjat dan bertanyakan Hawa

"Anak siapa nie..?",

Lalu Hawa menjawab "Tak tahu lah..tadi ada seorang wanita menyuruh kita menjaga anak ini." Adam berpikir dan " Ini mesti anak Syaitan, yang mahu menganggu anak cucu kita..." ..

"Apa harus kita lakukan sekarang..?"tanya Hawa pada Adam.
Setelah lama pikir-pikir.... "Kita potong-potong daging nya sehingga kecil dan gantung kan isi2 daging nya di pokok luar rumah kita...Nanti bila Ibu nya datang biar dia nampak dan tau anak nya sudah tak de..."Idea Adam.. (kejamkan...)

Keesokkan pagi harinya Ibu syaitan itu pun datang lagi ketika Adam sudah keluar pergi kerja, "Mana anak aku..."Tanya Ibu syaitan pada Hawa,

Hawa pun menjawab dan secara tidak sengaja menerang kan apa yang telah meraka lakukan terhadap anak syaitan "Anak kamu.....,,...Semalam Adam pulang ke rumah , lalu ia mengatahui yang anak itu anak syaitan ....lalu sudah kami kerat2 anak kamu dan kami gantung kan daging nya di atas pokok luar sana..."terang Hawa dengan wajah pilu..

"Oh...iye ker?..."jawab Ibu Syaitan dengan nada yang tidak risau..kemudian Ibu Syaitan meneriak memanggil anak nya

"Khanazzzzz....!!!"

Tiba2 daging2 khanaz yang telah dikerat bergantungan di atas pokok itu pun bercantum kembali dan menjadi hidup dan menjadi Khanaz kembali....
dan Ibu Syaitan masih tidak berputus asa dan masih meminta Hawa menjagakan Khanaz dan ia berpesan akan kembali lagi esok hari nya,

Apabila Adam pulang dan terlihatlah ia akan anak Syaitan yang bernama Khanaz itu lagi dan bertanyakan pada Hawa kenapa anak Syaitan itu masih berada di rumah meraka.Hawa menerang apa yang berlaku...

"Kita tak boleh biarkan usaha Syaitan untuk menganggu hidup anak cucu kita.." kata Adam. "Apa harus kita lakukan lagi.."tanya Hawa..

"Begini..kita bakar anak Syaitan ini dan ..abu nya kita buangkan ke Laut, biar abunya dibawa arus laut dan Ibu nya tidak akan dapat mendapatkan anaknya ini lagi..." terang Adam.(cara kedua)

Keesokan pagi nya datanglah lagi Ibu Syaitan ini bertanya kan Khanaz ketika Adam sudah keluar bekerja. "Mana anak aku?" tanya Ibu Syaitan.

"Anak kamu sudah kamu bakar dan abunya kami buang ke Laut!" jawab Hawa.

"Oh Iye ker? Kata Ibu Sayitan lalu meneriak mamanggil

"Khanaz!!!"...kemudian bercantum lah kembali daging Khanaz dari abu, dan menjadi Khanaz kembali. kemudian diserahkan kembali pada Hawa untuk menjaga Khanaz..

Apabila Adam pulang, mendapati anak Syaitan itu masih berada di rumah nya "Ini tak boleh jadi, kita tak boleh biarkan mereka ganggu anak cucu kita" kata Adam.(agak marah cikit)
"Apa harus kita laku kan?" tanya Hawa.

"Begini saja lah...KITA BELAH DUA ANAK DIA NIE, KAMU TELAN SEBELAH DAN AKU TELAN SEBELAH.. Habis cerita!!" Cadang Adam.

Keesokan pagi, datanglah lagi c Ibu Syaitan bertanyakan anaknya ketika Adam sudah keluar bekerja.. "Mana anak aku" tanya Ibu Syaitan.

"Anak kamu ...., kali ini kamu tak dapat balik anak kamu.."jawab Hawa.

"Kenapa..?" tanya Ibu Syaitan.

"Anak kamu telah kami telan....!" Jawab Hawa dengan penuh yakin.

"Iye ke...? Lalu Ibu Syaitan memanggil anak nya ˝Khanaz !!! Iye Mak....jawab Khanaz dari dalam badan Hawa.. "BAGUS ANAK KU..KAMU DUDUK SANA, JANGAN KELUA2.. Arah Ibu Syaitan pada Khanaz..

end*

emm... Itu lah cerita dia kawan2...duduk lah Khanaz dalam tubuh badan manusia sehingga hari ini dan hinggá hari kiamat. dan Syaitan Khanaz ada tugas dia masing2 kat dalam diri kita..
  1. Bila kita makan ia pun makan, kita minum ia pun minum. Apa jer aktiviti kita buat dia kan menyertai JIKA KITA TAK BACA BISMILLAH.
  2. Bila kita solat dia akan berusaha supaya kita was-was, tulah mana yang tengah solat tu tiba2 tak ingat berapa rakaat dah kita solat.
  3. Buat kerja kita keliru dan ingat2 lupa "Eh dah buat ke Belum yer.." ubatnya banyak kan dengan BERISTAGAFAR...
  4. Khanaz akan belari+bermain dalam darah kita...Ubatnya...banyakkan Zikir...

Sahabat Rasulullah pernah bertanya bagaimana hendak mengelak dari Khanaz ini. Pesan Rasulullah, SETIAP DENGAN APA YG KITA HENDAK LAKUKAN, MULAKANLAH DENGAN BACA BISMILLAH dan Doa.. sekurang2nya BISMILLAH.

Khanaz akan berasa kelaparan bila kita berpuasa dan akan menjadi bertambah kurus bila kita makan mulakan dengan baca Bismillah. Dan mana yang suami Isteri tu sebelum BERSAMA. Baca lah doa2. kalo xnanti Khanaz and da geng akan ikut serta.

Tengok bagaiman Syaitan yang tak pernah putus asa untuk memperdaya anak cucu Adam.. Surah An Nas jua mencerita kan hal Syaitan bernama Khanaz yang sentiasa buat kita was-was. Wallahualam.... Apa-apa pun mulakan setiap kerja aktiviti dengan nama Allah BISMILLAH.

banya lagi tugas2 'setan' sebenarnya..masing2 pun dah tau kan.. cara nak jauhkan atau elakn dari 'setan' menggangu pun kita tau kan.. tpi nak uat camne kadag2 kita akn kalah dan lemah ngan godaan dia..emmmm...Wallahualam..

*kawan2 nak baca nie pun mulakan ngan Bismillah ya.. kang ada pulak Khanaz n da geng kat sebelah tu..ahaks~

7 ulasan:

FarhanaLicious berkata...

wah. bagus la cite neh. sungguh berilmiah.

e-leeyana berkata...

wahh..begitu ya cerita sebenarnya..sungguh teruja!

erisya nor berkata...

wahhh memang bagus citer ni...siap ngan petua nak kebulurkan jhannas tuh ....TK kerana sudi berkongsi!

ajaa~ berkata...

*farhanalicious
memg sungguh berilmiah la yang.., cam xsangka pun ada gak..uhu

*e-leeyana
waa.. teruja kan dia dah menjadi darh daging kita e-leeyana..emm

*erisya
hehei...erisya leh la amalkan petua tu,,ihik~

aYuNi berkata...

uhu~ terasa seperti kamo layak menjadi seorg ustazah..hehe

fahana_ann berkata...

hehehe..kalau khanaz ada kat sebelah baca sekali minta2 dia pun insaf tapi mane ade erk setan nak insaf..huhuhu..terima kasih atas ingatan yang sangat berharga

ajaa~ berkata...

ayuni*
eh yea ke nie ayu cam ustazah??
hahaha
ayu pon pakai la..nati kita pakat2 jadi ustazah..ihik

*farhana_ann
khanaz baca skali??hihi..khanaz xda utak kut..huhu..
dia jus tau hasut org jea..
ok welcome