Isnin, 12 Januari 2009

~kelEBIHAN ayat KURSI

salam...

sya nak kongsi cikit kisah benar dari US. bukan kat malaysia tp tejadi pada org muslim.. baca ngan teliti k..jagn tetingal stu ayat pun :P
em.. banyak kisah-kisah aneh yang menakjubkan macam sya nak ceritakan nie telah berlaku. bukan belaku kat kita pun, tp bia kita amik iktibar n pengajaran k!..
al-madah pujangganya....

Seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US, memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam, perempuan ini dalam perjalanan balik kerumah dari tempat kerjanya.(keje opis balik malam cam sya kut) Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu. Maklum hari sudah lewat malam. kat town kul 12 tu awal age, tp kat kawasn perumahan dah lewat dah.. Berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut berjalan berseorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang saudari kita ni boleh buat adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat KURSI dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu. Masa dia melepasi lelaki yang bersandar
itu, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan saudari ini dengan selamat sampai ke rumahnya..


tapi pada keesokkan paginya, saudari ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam, hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari..

Tapi perempuan Muslim ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut.., walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Muslimah ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu "Why don't you do anything to me on that night even though you know that I'm alone?"
Perogol tu jawab.. "No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim."
Saudari itu rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.


end*

jadi kawan2..moral of value nya...
  1. Jika kita sebagai hamba-Nya menurut segala perintah dan meninggalkan segala larangan-Nya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita.
  2. Muslimah tadi pertama-tamanya menutup aurat dan memang Muslimah yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. (Kalau aurat terbuka malaikat pun malas dekat).
  3. Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.
  4. Ayat Kursi sememangnya adalah ayat pelindung yang mustajab...selalulah amalkannya.
  5. Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
  6. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya [Dari Abdullah bin 'Amr r.a.].

waa... Sebuah kisah benar yang sangat+sangat menarik pada mata hati sya...semoga kita2 semua mendapat pengajaran+pembelajaran k..

salam~

*banyk2 kan doa semuga tidak berlaku n jauhkanlah kes2 'sebegitu' dari kita semua..amin~

4 ulasan:

FarhanaLicious berkata...

wow. sungguh menakutkan. tiba tiba ada dua lelaki. fuyyo~

hapeace berkata...

kebesaran ayat2 suci alquran..

~rahaza berkata...

*farhana
eh dear..ada sorang laki jea la..uhu~

*hapeace
em kebesaran..amalkan slalu time pelukan pelindungan ya..

erisya nor berkata...

hmmm kawan yang pernah tinggal di US berbelas tahun pun ada citer kisah yang sama ...subhanallah!