Jumaat, 30 Januari 2009

~NAsihat buat HAWA

salam..


sya ada banyk cerita nak kongsi. tapi buat masa skang nie 'masa' sungguh jeles dengan sya, dia xmau bagi peluang kat sya menaiping blog la. ada jea 'masa' nagn benda2 laen. bizy la sya nie katakan. k dipendekkan ceritanyanye.. sya ada nasihat tuk diri sya sendiri.. :) walaupun nama sya bukan HAWA. saya RAHAZA la..jum.,

Hawa,
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu..
ingatlah Hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa…
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki. Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya.
Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangat kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

Hawa…..
Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga.

Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga yang mengoncang iman lelaki.


*wujudlah cinta dalam diri. sesungguhnya CINTA itu murni :)

** cinta murni cepat la datag pada saya.....:P

8 ulasan:

FarhanaLicious berkata...

wah wah wah.
tiba tiba rasa macam bahagia semacam aje. heheh!

ayuni berkata...

waaa.. saya seorang hawa kan?? huh~

~rahaza berkata...

*farhana
uhu..
bahagi ke?
kita memg bahagia kan...

**aYuNi
memg ayu hawa..
tapi nama jea ayuni

erisya nor berkata...

wahhh bagus n3 ni...kalau ada anak teruna sure dah merisik ;)

~rahaza berkata...

*erisya
huhu..mai la merisik aja yea

fahana_ann berkata...

terharu..syahdu..syukur..thanx:)

~rahaza berkata...

*fahana_ann
THANK DITERIMA..

OJENG berkata...

salam.tetiba rasa touching bile baca entri nie.huhu.nway good job sis.hehe